Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu tidak boleh bersama BN mahupun Pakatan Harapan (Harapan) dalam PRU14.
Beliau mendakwa, sekiranya parti itu menyertai BN, ia umpama memikul biawak hidup kerana Pas sebelum ini pernah menyertainya.
“Sekarang BN memerintah negara dengan beban masalah dan penyakit serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat Pas. Pas tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh sehingga dibuktikan bersih atau bersalah.
“Pas tidak boleh menyertai Harapan kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau oportunis. DAP berani mencampuri perkara berkaitan Islam seperti RUU 355 yang tiada kaitan pun dengan kalangan bukan Islam.
"Di dalamnya juga ada para pemimpin yang dahulu bersekongkol dengan punca masalah negara dan dikenakan tuduhan sama bertali arus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut mendakwa, masalah utama negara ini adalah berdepan dengan pemimpin rasuah dan ia didedahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan bahawa 71 pemimpin BN disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayais (SPRM) dan 21 orang daripada Harapan.
“Alhamdulillah Pas kosong, tiada seorang pun disiasat atas salah laku rasuah walaupun Pas memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam keadaan disekat peruntukan oleh Kerajaan Pusat.
"Kita juga menyertai kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor serta mengetuai Kerajaan Perak, terbukti betapa bersihnya pemimpin Pas.
“Inilah tawaran Pas kepada rakyat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti politik lain kerana parti ini berdasarkan kepada akidah Islam, tidak memisahkan politik dan agama serta percaya kepada hari akhirat yang ada perkiraan dosa pahala,” katanya.
Menurutnya, masih banyak perkara yang boleh diberikan peluang kepada Pas untuk menjadi bukti bahawa Islam boleh menyelesaikan masalah yang telah gagal diuruskan oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia.
“Malaysia bukan negara tiada hasil tetapi masalahnya banyak kebocoran dan ketirisan sehingga rakyat terpaksa menanggung bebanan seperti kenaikan kos sara hidup, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan pengangguran.
“Di negara ini juga, Melayu adalah kaum dominan. Maka kepimpinan utama negara semestinya dilantik daripada kaum Bumiputera Melayu Islam yang beriman, budiman dan adil untuk semua, bersama kaum bukan Islam juga dilantik sebagai menteri kabinet atau exco kerajaan negeri,” katanya.
Abdul Hadi turut mengingatkan rakyat di negara ini agar menolak parti politik cauvinis dan oportunis yang tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.
“Mereka juga mengambil kalangan orang Islam yang sanggup menjadi topeng atau bersedia diperalatkan.
“Orang Islam tidak sepatutnya dipermainkan sehingga dinafikan hak mengamalkan ajaran Islam seluruhnya, sedangkan penganut agama lain berhak beramal agama mereka dengan bebas,” katanya.
Beliau turut berharap rakyat di negara ini tanpa mengira agama, kaum dan bangsa agar memberi peluang kepada Pas berkuasa dan memerintah dengan tawaran penyelesaian Islam yang adil untuk semua.
“Pas akan mengemukakan pelbagai latar belakang calon yang berkaliber dan bersih rasuah untuk memimpin dan mentadbir negeri dan negara” katanya.
Sumber : sinarharian.com.my
Fbs Forex
Fbs, a forex and CFD intermediary with a permit from the International Financial Services Commission of Belize (IFSC), reported it has likewise gotten a permit from the Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC).
Our check uncovered that the permit was conceded in August 2017 to Tradestone Limited, which can work the site fbs.eu. The permit enables the organization to acknowledge and transmit arranges in connection to at least one monetary instruments and execute arranges in the interest of customers. The organization may likewise give subordinate monetary administrations, for example, supervision and organization of budgetary instruments, conceding credits or advances to at least one money related instruments, outside trade administrations, venture inquire about and monetary investigation.
This permit implies FBS would now be able to lawfully give benefits all through the EU, as per the MiFid passporting rules. So far the specialist has had a permit from Belize, as FBS Markets Inc. Another organization - Parallax Incorporated, with a permit from Saint Vincent and the Grenadines – was giving administrations in Myanmar, Brazil, Thailand and Japan.
FBS was set up in 2009. The agent offers a few kinds of exchanging accounts, including a without swap Islamic record. Least stores for a few records are as low as $1 and the use is up to 1:3000. Exchanging is done on MetaTrader 4 and 5. The instrument list incorporates forex, metals, CFDs on oil and digital forms of money.